Khamis, 9 Februari 2012

Buruk jadi baru..

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi! salam pagi Khamis dan salam keceriaan..semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok mungkin lebih baik dari hari ini..

Lama x ke udara..ceewahh..Tenggelam timbul Blog 'Andalusia Chinta Heartyku' ni..bukan ape, sebenarnya aku mmg xde masa nk edit entri2 baru coz ms yg diperuntukan 24jam kpdku seolah2 xcukup..seharian bekerja di pejabat, balik rumah pulak bertungkus lumus dengan anak2..melayan karenah anak-anak yg banyak ragamnya..kadang2 masa untuk diri sendiri pon x de..malam pulak kepenatan yang teramat sangat..mata ni bagai di gam2..xboleh nk dibuka..
Gitulah kan..orang ada blog kita pon nk ber belog..blog orang diupdate everyday..blog kita sebulan sekali pon mujur..hehe..

Sebenarnya aku nk story pasal rumah ku yg buroks dan berubah wajah..rumah jenis 'town house'..rumah tu dulu ku sewa dr PKNP, dan sekarang dah pon ku beli dengan harga RM135k secara sewa beli without interest selama 18 tahun..RM600/bulan..wow! mane mau dapat macam tu kann...kalau buat loan bank 18 tahun harga RM135k mesti jadi RM235k agaknya lah kan..yelah + interest..bank pon nk keuntungan jugak.. bila dah jadi hakmilik ni, tentu2lah mcm2 yg kita plan dalam kpala ni..nk buat renovation la decoration laa..al-maklumlah, rumah tu dah uzur, mcm2 kerosakan..kereputan sana sini..hehe..sedih tau kalau dikenang2 balik ms ku masih menyewa rumah tu..kerosakan2 yg minor pihak PKNP x akan tanggung..tp diorg spatutnya pk la bermula dr minor la mende tu akan jadi major defect.. cthnya anai-anai..abes segala frame2 tgkap rumahku dimakannya..tgkp rumahku tgu masa utk roboh aje masa tuu..aduhaii.sedih...

Utk pengetahuan korang..sebaik aje dapat agreement sewabeli rumah, aku trus plan utk buat major renovation pd rumah tu..dan alhamdulillah dah hampir 80% completed..antara part yg ku buat renovation adalah dapur, bilik air dan tingkap rumah, install tiles dan dinding rumah di tukar warna.. dan hasilnya..mcm duduk dlm rumah yg baru.hehe...syukur.. actually, rumah tu ada 2 pintu..atas ku sewakan dengan harga RM300/bulan pada pasangan yg baru berkahwin dan bakal menimang cahayamata sulung pd Oktober 2012 nnt...lebih mesra ku sapa dgn panggilan Faizal & Sara..mereka sgt peramah dan friendly...syukur kerana ku dapat penyewa spt mereka..

Gambar2 rumah yg dah diupgrade akan ku masukkan kemudian ye..sbb pendrive ku tertinggal dalam hbeg lain..ok lah.nk out dulu..salam ....

Jumaat, 2 Disember 2011

Bersawang lagi..

Zzipp.. zuup..zipp.. zupp..zipp.. zuppp....hadoiii..letih sungguh mencuci sawang kat blog terchinta ni..berbulan-bulan lamanya ku x masukkan N3 baru..mcm la pemes sgt kan? ari2 nk update cite pasal diri sendiri.. huh! bknnye ada follower pon..saje nk mengada n perasan sendiri..haii..apa2 lah kannn..setiap blogger berblog ada tujuan tersendiri kan..bg ku tujuan ku berblog adalah sekadar utk mencuba dan merasai kenikmatan sbg blogger ni..walaupun ku ni masih bertatih utk menjadi blogger..
Kepada blogger2 senior yg sudi singgah di blog ku ini, sudi2 kan lah berkongsi skill dan cara2 untuk ku kemaskan lagi blog ini ye..terima kasih...
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan..





Khamis, 22 September 2011

Saat diuji..

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:  
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).  
Kesimpulan Hadis:  

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.

~Saat diuji olehNya~
Sudah menjadi lumrah kita sebagai makhlukNya sentiasa diuji...dengan itu, ku harus kuat dan tabah.. :(

Rabu, 14 September 2011

Bersawang...

Assalamualaikum wbt..


Sekian lama ku x update blog..rupanya dah bersawang..puas ku mencuci sawang sana sini..barulah dapat ku mengarang entri baru ni... ngee (",)


Cerita ttg Hari Raya Aidilfitri... rasanya masih belum terlambat utk ku share cerita RAYA kami pada tahun ni..Alhamdulillah segala2nya berjalan lancar dan meriah sekali...


Tahun pertama beraya bersama Putera kami Muhammad Airell Haqeem bin Nashrul Hakimi..pengalaman yang sgt2 menyeronokkan..rasanya lengkap sudah kehidupan kami dengan dikurniakan sepasang zuriat hasil benih cinta kami yang sangat comel dan banyak keletahnya..



Tahun ni turn kami beraya di rumah keluargaku iaitu di Felda Keratong 5, setelah bersalam salaman dan bermaaf maafan di pagi raya kami berangkat ke rumah pak long ( abang abahku ) di Felda Keratong 7 dan beraya di rumah besan mak ( ibu mertua k.de ) Pagi raya ke-2 kami sekeluarga bertolak ke Bentong untuk menziarahi pusara arwah tok dan wan serta kaum keluarga serta berkumpul bersama sanak saudara di sana..


Bermalam di rumah makcik di Bentong sgt2 menyeronokkan..dihidang dengan pelbagai juadah..hmm..sgt nikmat rasanya..anak2 yang paling gembira kerana menerima angpau yg banyak..hehe.. teringat zaman kecilku..indah sungguh saat itu..


Petang raya ke-3 kami bertolak balik ke rumahku di Keratong untuk menghantar adik2 ku yang menumpang kereta kami dan selepas tu kami meneruskan perjalanan ke rumah ibu mertuaku di Pekan..


Kami berada di Pekan selama 4 hari 3 malam..ipar duai ku juga ada yg baru sampai kerana secara kebetulan tahun ini adalah tahun beraya di rumah mertua masing2.. meriah juga kerana adik beradik sebelah suamiku juga ramai dan ramai juga yang telah berkeluarga.. raya ke 6 kami semua menziarahi pusara arwah abah mertuaku..suanana yg hening dan sayu..tahun ini merupakan tahun ke2 kami beraya tanpa arwah abah..abah pergi meninggalkan kami pada tanggal 14/7/2010 akibat kanser paru2..semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman..aminnnnnnnn....al-fatihah..


Masih ingat lagi, ketika kami dalam perjalanan ke Bentong, papa memainkan cd lagu2 raya.. dan di antara lagu raya yg ada ialah lagu nyanyian Mawi - Ayah Aku Rindu Padamu....sewaktu lagu berkumandang, ku secara x sengaja terlihat papa menangis dan menyeka airmata..mungkin terkenangkan arwah ayahnya barangkali..


Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sempena Hari Raya Aidilfitri 2011..

Keluarga bahagiaku...



Selasa, 9 Ogos 2011

Jumaat, 29 Julai 2011

Catalyst Produk!

Salam t0 semua...


Utk pengetahuan korang sy merupakan agen produk CATALYST ni..best seller is VIRGIN COCONUT OIL   
( VCO ) dan COLLAGEN...






























Kebaikan VCO Catalyst ialah :


- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yg hamil
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak dan kering
- Membantu mengurangkan berat badan dgn meningkatkan kadar metabolik
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
- Menigkatkan tenaga dan daya tahanm fizikal dan mental
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitami
- Melindungi tubuh daripada kanser
- Meregularkan semula kitaran haid
- Mengurangkan masalah senggugut
- Batuk dan selsema mudah hilang
- Mengurangkan masalah berdengkur
- Memberi kesuburan lelaki/wanita
- Pemgembilan berterusan bagi yg sedang merancang untuk menambah zuriat
- Ianya juga berfungsi sebagai agen pelincir ( semasa hubungan suami/isteri )


Pengambilan VCO semasa mengandung adalah sangat bagus dan Insyaallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk ini adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.


CATALYST adalah merupakan syarikat BUMIPUTERA dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.


Kebaikan Collagen Catalyst ialah :

- Mengembalikan kesegara dan keanjalan kulit
- Mengalami masalh kulit kusam, tidak sekata dan berkedut
- Melicinkan tumit yang merekah
- Meyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau
- Membantu meningkatkan semula metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima


Kesan Mengamalkan Catalyst Collagen

- Kulit tidak akan berminyak
- Mengurangkan masalah jerawat
- Menghilangkan parut-parut di kulit
- Mengembalikan kecergasan badan
- Minda lebih cergas
- Pergerakan anggota badan akan lebih bertenaga

Sesiapa yang berminat sila untuk mencuba jgn malu dan jangan segan hubungi saya :
H/P : 013-9991108
email : shamsina83@yahoo.com







Rabu, 27 Julai 2011

Merah nye makngah..............

Hiiii...


Yeahhh.... hari ni sy memakai baju warna MERAH!!!! kerana saya pon xtau knp sy pakai baju warna merah hari ni...org kata warna baju mempengaruhi mood kita..betul ke??? ntah la...rsanya hari ni mood saya HAPPY....


Merahnye Makngah.....................

My l0ve

My l0ve
Mereka2 di dalam gambar ini adalah chinta hati saya selamanya...semoga kebahagiaan yang kami kecapi ini akan berpanjangan dan diredhai Allah SWT...

Popular Posts

Cari Blog Ini