Rabu, 14 September 2011

Bersawang...

Assalamualaikum wbt..


Sekian lama ku x update blog..rupanya dah bersawang..puas ku mencuci sawang sana sini..barulah dapat ku mengarang entri baru ni... ngee (",)


Cerita ttg Hari Raya Aidilfitri... rasanya masih belum terlambat utk ku share cerita RAYA kami pada tahun ni..Alhamdulillah segala2nya berjalan lancar dan meriah sekali...


Tahun pertama beraya bersama Putera kami Muhammad Airell Haqeem bin Nashrul Hakimi..pengalaman yang sgt2 menyeronokkan..rasanya lengkap sudah kehidupan kami dengan dikurniakan sepasang zuriat hasil benih cinta kami yang sangat comel dan banyak keletahnya..



Tahun ni turn kami beraya di rumah keluargaku iaitu di Felda Keratong 5, setelah bersalam salaman dan bermaaf maafan di pagi raya kami berangkat ke rumah pak long ( abang abahku ) di Felda Keratong 7 dan beraya di rumah besan mak ( ibu mertua k.de ) Pagi raya ke-2 kami sekeluarga bertolak ke Bentong untuk menziarahi pusara arwah tok dan wan serta kaum keluarga serta berkumpul bersama sanak saudara di sana..


Bermalam di rumah makcik di Bentong sgt2 menyeronokkan..dihidang dengan pelbagai juadah..hmm..sgt nikmat rasanya..anak2 yang paling gembira kerana menerima angpau yg banyak..hehe.. teringat zaman kecilku..indah sungguh saat itu..


Petang raya ke-3 kami bertolak balik ke rumahku di Keratong untuk menghantar adik2 ku yang menumpang kereta kami dan selepas tu kami meneruskan perjalanan ke rumah ibu mertuaku di Pekan..


Kami berada di Pekan selama 4 hari 3 malam..ipar duai ku juga ada yg baru sampai kerana secara kebetulan tahun ini adalah tahun beraya di rumah mertua masing2.. meriah juga kerana adik beradik sebelah suamiku juga ramai dan ramai juga yang telah berkeluarga.. raya ke 6 kami semua menziarahi pusara arwah abah mertuaku..suanana yg hening dan sayu..tahun ini merupakan tahun ke2 kami beraya tanpa arwah abah..abah pergi meninggalkan kami pada tanggal 14/7/2010 akibat kanser paru2..semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman..aminnnnnnnn....al-fatihah..


Masih ingat lagi, ketika kami dalam perjalanan ke Bentong, papa memainkan cd lagu2 raya.. dan di antara lagu raya yg ada ialah lagu nyanyian Mawi - Ayah Aku Rindu Padamu....sewaktu lagu berkumandang, ku secara x sengaja terlihat papa menangis dan menyeka airmata..mungkin terkenangkan arwah ayahnya barangkali..


Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sempena Hari Raya Aidilfitri 2011..

Keluarga bahagiaku...



1 ulasan:

Gee® berkata...

rumah makcik kat Bentong tu katner? kot2 k.gee kenal ke...

My l0ve

My l0ve
Mereka2 di dalam gambar ini adalah chinta hati saya selamanya...semoga kebahagiaan yang kami kecapi ini akan berpanjangan dan diredhai Allah SWT...

Popular Posts

Cari Blog Ini